Thursday, August 20, 2009

DOORGIFT MAJLIS AQIQAH



Masih lagi berkisar tentang majlis aqiqah Mohd Aniq Farhan, cahayamata pertama adik Nurul dan Faizul....
Yang ni doorgift mixed baulu, 200 bungkus. Satu bungkus berisi dua biji baulu.

CUPCAKE BABY SHOWER




Set cupcake 15bj ni untuk adik Nurul kat Kg Teluk Melati, Chenor sempena majlis aqiqah babynya, Mohd Aniq Farhan pada 15.8.09. Disebabkan Nurul ni suka sgt makan coklat maka cupcake ni sumenya butter coklat.

CUPCAKE HANTARAN


Di tempah oleh my lovely sister merangkap kawan merangkap sepupu, mira aka kakcik aka 'acik cute' untuk hantaran kakak iparnya di Lancang pada 13.8.09. Warna tema biru dengan cupcakenya butter coklat dan oren. Thanks yaar!....
Mira jugak menempah set 9 bj cupcake untuk makan-makan tapi sebab sibuk2 berkejar siapkan cupcake ni dan melayan faiq aku terlupa nak snap....

Wednesday, August 19, 2009

CUPCAKE DOORGIFT


Cupcake doorgift 200bj untuk majlis doa selamat pernikahan anak sedara aku, Naza dan pasangannya, Siti pada 8.8.09. Tema maroon putih.Cupcake butter oren, coklat dan pandan.Frosting dan hiasan buttercream.

ASYIK HOME LAGI...

Ptg tadi antar lg tiga container baulu mixed. Yang antar minggu lepas ada baki satu container je lagik.

ASYIK HOME,TEMERLOH

13/8/09,5 container baulu mixed, 5 pack baulu gulung mixed, aku hantar kat kedai kawan baik aku,jehan. Tuan punya ASYIK HOME. Dia ni la yang slalu support bisnes aku nih...thanks a lot my friend!
Yang dalam container tu baulu mixed, 50bj RM12.00. Semua perasa ada kat dalam tuh. Dan dalam pack tu baulu gulung mixed, RM5.50. Satu gulung nenas satu lagik gulung strawberry.

Tuesday, August 18, 2009

MACAMMANE NAK ORDER?

1) CARA TEMPAH
Email kami di dariez1976@yahoo.com.my atau telefon no 019-9027926 untuk sebarang pertanyaan atau tempahan. Untuk pengesahan pesanan, bayaran sebanyak 50% dari harga produk hendaklah dibuat ke akaun kami. Bayaran selebihnya hendaklah dibuat sehari sebelum tarikh penghantaran.

2)HARGA
Harga yang dipaparkan tidak termasuk caj penghantaran. Sekiranya anda ingin membeli secara pukal, kami akan berikan harga istimewa.


3)CARA PEMBAYARAN
Pembayaran adalah melalui deposit masuk ke akaun kami di Bank Simpanan Nasional atau Bank Rakyat atau Bank Islam yang akan di beritahu setelah pesanan dibuat.

4)PENGHANTARAN
Penghantaran percuma sekitar Chenor, Jengka, Maran, Temerloh dan Mentakab sahaja. Caj tambahan akan dikenakan untuk penghantaran luar kawasan tersebut mengikut jarak atau caj syarikat kurier.

5)PEMBATALAN TEMPAHAN
Jika pembatalan dibuat setelah pengesahan tempahan dilakukan, bayaran sebanyak 50% itu tidak akan dikembalikan.


berminat?

HUBUNGI: Pn. Nurfaiq / En. Rizal

ALAMAT: No 10,Perumahan Banjir 01,
28100 Chenor,
Pahang Darul Makmur.

TEL: 019-9027926

EMAIL: dariez1976@yahoo.com.my



CALL US TO ORDER DELICIOUS BAULU TODAY!!!!!!

PRODUK 08 - BAULU GULUNG NENAS


BAULU GULUNG NENAS
1 pek (2 gulung - 16cm P x 3cm D) - RM5.50

PRODUK 07 - BAULU GULUNG STRAWBERRY


BAULU GULUNG STRAWBERRY
1 pek (2 gulung-16cm P x 3cm D) - RM5.50

PRODUK 06 - BAULU MOCHA COKLAT CHIPS MINI



BAULU MOCHA COKLAT CHIPS MINI
50bj - RM7.00

PRODUK 05 - BAULU CAPPUCINO


BAULU CAPPUCINO
50bj - RM10.00

PRODUK 04 - BAULU PANDAN COKLAT RICE


BAULU PANDAN COKLAT RICE
50 bj - RM9.50

PRODUK 03 - BAULU ROS


BAULU ROS
50 bj - RM9.00

PRODUK 02 - BAULU KELADI



BAULU KELADI
50 bj - RM9.00

PRODUK 01 - BAULU ORIGINAL


BAULU ORIGINAL
50bj - RM8.50




Salam n slamat pagi...pepagi ari ni kita cuci mata key....kalo teringin nak rasa,bley order...kalo nak tgk2 je pun no hal......
rasanya sume org malaysia tau ini kuih ape...(buat2 tak nampak je la pagar umah kat blakang tu ye....)cuma yang aku nak bgtau asas kesemua produk baulu aku adalah telur, gula dan tepung tanpa sebarang bahan pengawet atau bahan penaik...
lg satu yang membezakan baulu antara satu pengusaha dgn pengusaha yang lain adalah dari segi kelembutan rasanya dan keseragaman bentuk.


dapur itu opisku, duniaku......

hmmmm.....nak kata pandai sangat memasak, rasanya aku blum sampai tahap chef...tapi bak kata somiku terchenta,"masakan sayang boleh lawan kedai punye la...." hik..hik..hik...kalo somi sendirik tak puji sape lagik kan....nak dgr faiq puji? hehehe...rasanya setahun dua lagik la kot..umo faiq baru 3 bulan 14hb lepas...tapi yang penting somi ku ini lah qualiti controller paling best sekali...banyak yang aku improve berkat dek tegurannye....tima kasih abang, i love u sooooo much!

anyway, bagi surirumah sepenuh masa macam aku sememangnya dapur itu opis dan dunia aku...lebih2 lagi setelah terjun ke gelanggang bisnes bakery sejak 2003. Bermula dengan mengusahakan baulu original panas, sampai dah keluarkan 8 jenis baulu.. bermacam dugaan aku hadapi dalam mengendalikan perniagaan. Pernah tersungkur jatuh namun berkat dorongan dan sokongan somiku terchenta aku tak berpaling lagi. Langkah aku terus maju hinggalah sekarang aku dah menambah produk iaitu kek dan cupcake.

dan semoga kedatangan Ramadan kali ini turut memberikan keberkatan pada niatku untuk memberikan kepada saudara seagama produk yang bersih dan halal, dibuat di rumah dengan kedua tanganku berbekal rasa cinta dan ikhlas yang melimpah....

salam ukhuwwah untuk semua....